Home Tempatan Mansuhkan Undang-Undang Lapok Diskriminasi LGBT – Eric Paulsen

Mansuhkan Undang-Undang Lapok Diskriminasi LGBT – Eric Paulsen

SHARE

Eric Paulsen menulis di dalam The Sun mengenai perkembangan di UK di mana undang-undang menghukum dan dikatakan mendiskriminasi golongan GAY, sedang dibatalkan.

Eric Paulsen mendesak Kerajaan Malaysia mengikut langkah yang sama dengan menghapuskan Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan semua bentuk undang-undang yang mendiskriminasi golongan tersebut. Menurutnya lagi, semua undang-undang yang menjadikan kesalahan atas perbuatan seks luar tabii dikategorikan sebagai undang-undang lapuk (archaic) yang tidak seharusnya diteruskan di zaman ini.

Malaysia, menurut Eric Paulsen merupakan salah satu daripada 37 negara Komanwel yang masih menjadikan perlakuan homoseksual sebagai satu kesalahan jenayah.

Tidak hanya mencadangkan Seksyen 377 dihapuskan, beliau turut mencadangkan supaya Seksyen 498, kesalahan mengurung dan melarikan isteri orang & Seksyen 509, kesalahan mengeluarkan ucapan yang menjatuhkan maruah seseorang supaya turut dihapuskan.

Eric Paulsen menulis di atas kapasiti beliau sebagai Legal Director Fortify Rights. Beliau yang sebelum ini pernah terlibat dengan kontroversi yang menuduh JAKIM mempromosi ekstremisme setiap Jumaat, turut terlibat dengan aktivisme Lawyers For Liberty yang mendapat pendanaan daripada organisasi Soft Power Amerika, National Endowment For Democracy (NED).

Kenyataan Paulsen disambut baik Pelangi Campaign For Equality yang diasaskan oleh figura yang terlibat dengan kontroversi Big Gay Iftar dan perlantikan beliau sebagai salah seorang pegawai Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq. Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak golongan LGBT di Malaysia, Pelangi Campaign, terlibat secara aktif dalam usaha-usaha untuk memastikan golongan LGBT mendapat tempat di dalam Malaysia Baru. Malah Numan Afifi, pengasas Pelangi Campaign, turut terlibat secara aktif membantu kempen Syed Saddiq di dalam PRU 14 untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan.

Comments