Home Tempatan Manfaatkan potensi wakaf, perkasakan ummah – Raja Muda Perlis

Manfaatkan potensi wakaf, perkasakan ummah – Raja Muda Perlis

SHARE
UANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL berkenan bergambar bersama para penerima semasa berangkat menyerahkan sumbangan Bantuan Peruntukan Tahunan Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis 2018 di Masjid Al-Munir, Batu 5, Jalan Kuala Perlis dekat sini. - UTUSAN ONLINE

KANGAR 10 April – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, menyeru masyarakat agar memanfaatkan potensi wakaf dalam memperkasakan ummah.

Titah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), amalan berwakaf telah menjadi sumber kekuatan kepada generasi terdahulu dari sudut ekonomi, kebajikan, pendidikan dan agama.

“Maka sebab itu, potensi wakaf wajar diterokai oleh masyarakat dan para pengurus wakaf,” titah baginda ketika berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Bantuan Peruntukan Tahunan Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis 2018 di Masjid Al-Munir, Batu 5, Jalan Kuala Perlis dekat sini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments