Home Tempatan Mana ada ‘tsunami Melayu’, BN tawar Johor Islamik

Mana ada ‘tsunami Melayu’, BN tawar Johor Islamik

SHARE

JOHOR BARU, 13 April — Konsep Johor Islamik merupakan antara fokus manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang akan dibentangkan Sabtu ini.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selain mengekalkan konsep Johor Islamik, antara tawaran BN Johor dalam manifesto ini ialah untuk memastikan institusi sekolah agama kerajaan negeri akan sentiasa kekal relevan.

“Apapun yang kita (BN Johor) akan buat, kita akan pastikan ia juga dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) fasa 5 yang melibatkan tiga buah sekolah iaitu SAKJ di Taman Bukit Mutiara, Taman Cahaya Masai dan Kong Kong Laut di Dataran Masjid Taman Bukit Mutiara, di sini hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

The Malay Mail Online

Comments