Home Tempatan Malaysia Tidak Akan Alami Musim Sejuk – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Malaysia Tidak Akan Alami Musim Sejuk – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

SHARE

Petaling Jaya: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan Malaysia akan mengalami musim sejuk.

Menurut The Star, cuaca sejuk yang sedang melanda negara ketika ini adalah disebabkan oleh Monsun Timur-Laut yang menjejaskan kawasan Pantai Timur Semenanjung.

“Musim hujan di kawasan (Pantai Timur Semenanjung) menyebabkan angin dan awan Timur-Laut ditolak ke Barat (Semenanjung). Kerana itulah kita jarang melihat matahari dua tiga hari kebelakangan ini dan suhu juga tidak meningkat,” kata jurucakap MetMalaysia.

Tambahnya lagi, cuaca sejuk dijangka berakhir pada hari Ahad (14 Januari 2018).

“Kita dijangka akan melihat matahari (cuaca normal) pada hari Ahad dan selanjutnya.”

Musim sejuk yang dialami rakyat kebelakangan ini menyebabkan ada yang bertanyakan sama ada musim sejuk akan melanda Malaysia dan menimbulkan perasaan teruja di kalangan rakyat berdasarkan komen dalam Twitter.

“Cuaca di Malaysia adalah sejuk. Biar saya ulanginya – CUACA DI MALAYSIA ADALAH SEJUK. Secara literal, perkara ini tidak berlaku sepanjang masa tinggal di (negara) beriklim tropika,” tulis @mabeses.

Manakala @UzairJasmin pula menulis: “Wahai Malaysia. Saya suka dengan suhu dan cuaca sebegini. Boleh tak hari-hari begini?”

Pada hari Khamis (11 Januari 2018) lepas, Lembah Klang mengalami cuaca paling sejuk mencecah 22°C.

Beberapa tahun dahulu, Malaysia pernah mengalami keadaan cuaca sama melibatkan beberapa kawasan. Kuala Krai misalnya mencatatkan suhu 17.5 darjah Celsius, Kuala Lumpur (21), Cameron Highlands (12), Lubuk Merbau (18.7), Temerloh (19.9), Batu Pahat (20.7) dan Sibu (21.2).

Comments