Home Tempatan Malaysia lokasi pertumbuhan syarikat minyak di Asia

Malaysia lokasi pertumbuhan syarikat minyak di Asia

SHARE

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah batu loncatan yang sesuai untuk syarikat minyak dan gas (O&G) mengembangkan langkah di Asia memandangkan lokasinya yang strategik dan suasana mesra perniagaan, kata Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC).

Ketua Perdagangan dan Pelaburan MPRC, Mohd Yazid Ja’afar, berkata Malaysia juga menawarkan pasaran O&G yang mantap dan ekosistem yang kukuh, terdiri daripada pemain industri, persatuan perdagangan serta agensi kerajaan, yang menyasarkan untuk menjadikan Malaysia hab perkhidmatan dan peralatan O&G (OGSE) terkemuka di rantau ini.

MPRC akan melaksanakan aktiviti untuk mempromosikan industri OGSE Malaysia pada Persidangan Teknologi Luar Pesisir Asia 2018 (OTC Asia 2018) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula esok hingga Jumaat ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments