Home Tempatan Malaysia kutuk serangan di utara Rakhine

Malaysia kutuk serangan di utara Rakhine

SHARE
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar di utara Rakhine di Myanmar pada 25 Ogos lalu.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Malaysia sangat bimbang dengan serangan itu dan perkembangan susulan yang mungkin menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dan pemindahan penduduk.

“Kami menggesa kerajaan Myanmar agar menangani situasi itu secara adil dan saksama menurut prinsip-prinsip antarabangsa dan perlindungan hak asasi manusia yang turut terkandung dalam Piagam ASEAN dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN,” katanya.

Kenyataan itu juga menggesa agar akses kemanusiaan diberikan kepada mereka yang terjejas akibat pertempuran tersebut.

Dalam kenyataan sama, Wisma Putra mengingatkan semula tentang resolusi yang diterima oleh Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar OIC mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar’ pada 19 Jan 2017.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments