Home Antarabangsa Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Serangan Bom Di Makkah – Najib

Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Serangan Bom Di Makkah – Najib

SHARE

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom bunuh diri berhampiran Masjidil Haram di Makkah semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Insiden itu dilapor mencederakan 11 orang termasuk lima pegawai polis Arab Saudi.

Najib memanjangkan ucapan takziah kepada kerajaan Arab Saudi, rakyat dan keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Tanah Suci umat Islam, takziah kepada kerajaan Arab Saudi, rakyat dan keluarga mangsa yang terlibat,” kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitternya.

Najib berkata beliau kecewa dan sedih apabila mendapat tahu tentang kejadian itu namun bersyukur tiada rakyat Malaysia cedera.

Bernama

Comments