Home Tempatan Malaysia – Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan

Malaysia – Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan

SHARE
KUALA LUMPUR, 19 Julai -- Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (empat, kiri) mengadakan pertemuan bersama Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jenderal Gatot Nurmantyo (empat, kanan) di Kementerian Pertahanan hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia akan meningkatkan usaha dalam memperincikan kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan kedaulatan sempadan di kedua-dua negara  terjamin.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor  berkata  perkara itu adalah antara yang akan di ketengahkan pada Sidang Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Indonesia Ke-13 (HLC Malindo) yang sedang berlangsung dari 17 hingga 25 Julai.

“Kita akan membincangkan kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam memastikan  sempadan di kedua-dua negara sama ada di udara, darat dan air sentiasa berada di tahap yang terbaik.

“Selain itu, melalui HLC, ia juga secara tidak langsung telah memperkukuhkan hubungan antara dua negara melalui keselamatan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menerima kujungan hormat Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jenderal Gatot Nurmantyo di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sebelum itu, Gatot turut membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Leftenan Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Sidang HLC diadakan sejak Perjanjian Malaysia dan Indonesia (MALINDO) pada 1972.

Sinar Online

Comments