Home Tempatan Malaysia hasilkan gelatin halal tahun depan

Malaysia hasilkan gelatin halal tahun depan

SHARE

Malaysia dijangka mengeluarkan gelatin halal sendiri mulai apabila Pusat Inkubtor Pengeluaran Gelitan Halal, Universiti Malaysia Pahang (UMP) beroperasi sepenuhnya tahun depan.

Pusat atas tanah 1.8 hektar di Industrial Technology Engineering Creativity Space (ITECS) itu dilapor akan dibina dengan kos RM20 juta.

“Setakat ini, pusat berkenaan sudah 26 peratus siap merangkumi penyediaan premis, infrastruktur, kelengkapan loji dan pembentukan rantaian bekalan halal berkaitan,” Naib Canselor UMP Datuk Seri Prof Dr Daing Nasir Ibrahim dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

“Memandangkan pengeluaran gelatin bergantung kepada sumber haiwan, UMP memerlukan bantuan kepakaran dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi memastikan ia mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, selain integriti produk yang tinggi.”

Apabila siap, pusat itu mampu mengeluarkan kira-kira 360 tan gelatin setahun, sekali gus menyumbang sekurang-kurangnya 0.08 peratus pasaran gelatin dunia.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments