Home Tempatan Malaysia dipuji cipta model pembiayaan berasaskan keberhasilan

Malaysia dipuji cipta model pembiayaan berasaskan keberhasilan

SHARE

PETALING JAYA: Malaysia diiktiraf negara Asia Pasifik pertama yang mencipta model pembiayaan berasaskan keberhasilan yang akan mengalakkan pelaburan swasta, yayasan dan individu menyampaikan tanggungjawab sosial korporat secara lebih berkesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata model dana hasil sosial atau SOF (social outcome income) itu membolehkan organisasi sosial memperolehi dana untuk mencapai impak tinggi dalam menjalankan program intervensi membantu masyarakat yang memerlukan perhatian.

“Malaysia mendapat pujian dan dikagumi Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB (Escap) dan British Council kerana berani meneraju pendekatan baru yang belum pernah dicuba oleh mana-mana negara di rantau Asia Pasifik,” kata Nancy dalam kenyataan hari ini.

Nancy berkata demikian selepas menghadiri Dialog Dasar Perusahaan Sosial dan Pelaburan Impak Asia Pasifik bersempena Social Enterprise World Forum 2017 di Christchurch, New Zealand.

Beliau mengetuai delegasi negara dalam dialog anjuran Escap dan British Council, yang menjadi platform kepada menteri dan pegawai kerajaan dari seluruh Asia Pasifik membincangkan dasar dan strategi menyokong pembangunan keusahawanan sosial dan pelaburan impak.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Free Malaysia Today

Comments