Home Tempatan Malaysia berdepan ancaman geopolitik baharu – PM

Malaysia berdepan ancaman geopolitik baharu – PM

SHARE

KUALA LUMPUR 10 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia berdepan cabaran terbaharu susulan ancaman risiko geopolitik serius susulan krisis yang sedang berlaku di negara luar.

Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah negara, risiko berkenaan terpaksa dihadapi dan ditangani sebaiknya dengan mengambil kira beberapa ancaman yang sedang berlaku itu antaranya krisis diplomatik antara negara-negara teluk serta ancaman program peluru berpandu balistik Korea Utara,

Selain itu, kata beliau, keputusan pilihan raya umum United Kingdom (UK) dan rundingan Brexit juga telah membawa kepada peningkatan dari segi ketidaktentuan geopolitik.

“Kita menyedari risiko baharu yang lebih serius yang terpaksa kita tangani iaitu risiko geopolitik.

“Inilah satu fenomena baharu sebagai sebuah negara yang terpaksa kita pantau dan terpaksa membuat langkah-langkah dan keputusan tepat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.
UTUSAN ONLINE

Comments