Home Tempatan Malaysia Baru Harus Hentikan Diskriminasi Terhadap LGBT – Ahli Parlimen DAP Klang

Malaysia Baru Harus Hentikan Diskriminasi Terhadap LGBT – Ahli Parlimen DAP Klang

SHARE
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago kecewa dengan tindakan orang ramai yang membidas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan pelantikan seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Numan Afifi sebagai pegawai khasnya.
 
Ini kerana baginya, rakyat perlu belajar menerima kepelbagaian dan meraikan perbezaan. Dan yang paling utama adalah, membenarkan peluang-peluang individu berdasarkan merit.
 
“Saya tidak mengenali Numan Afifi secara peribadi. Namun, selepas beberapa panggilan telefon, (saya) dapati dia (Numan) merupakan seorang yang amat bijak dan berbakat: dua aspek yang membolehkan dia dilantik di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).”
 
“Bagaimanapun, amat mengecewakan melihat tindakbalas terhadap Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Syed Saddiq Rahman atas pelantikan itu.” 
 
Dakwanya lagi seperti dimuatkan di dalam hantaran facebooknya diskriminasi tersebut disifatkannya sebagai tindakan yang ‘tidak masuk akal’ dan membuktikan betapa ‘mundurnya’ rakyat malaysia sebagai sebuah masyarakat. 
 
“Ia menggalakkan ketaksuban dan kebencian terhadap golongan LGBT. Budaya kebencian dan sikap tidak bertoleransi dalam masyarakat kita hari ini terhadap mereka yang berbeza, sama ada berdasarkan bangsa, agama, jantina atau orientasi seksual adalah membimbangkan.”
 
Tambahnya lagi, diskriminasi dan pembulian terhadap golongan LGBT tidak mempunyai tempat dalam “Malaysia Baru” dan diskriminasi sistemik ini perlulah dihentikan.
 
“Komuniti LGBT sudahpun dianiyai. Mereka dipaksa bertahan dengan pembulian, keganasan dan kadangkala kematian.”
 
“Saya menyuarakan solidariti dengan Numan dan meminta kerajaan baharu memansuhkan semua undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasi golongan itu atau Malaysia akan terus menjadi tempat yang sukar untuk komuniti LGBT.” 

Comments