Home Tempatan Malaysia, ASEAN Mesti Desak Myanmar Benar Pasukan Penyiasat Bebas Masuk Rakhine

Malaysia, ASEAN Mesti Desak Myanmar Benar Pasukan Penyiasat Bebas Masuk Rakhine

SHARE

PUTRAJAYA, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Presiden Burmese Rohingya Organisation United Kingdom (BROUK), Tun Khin menggesa Malaysia terus bersuara menentang penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar dan menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh.

Beliau berkata, Malaysia dan negara-negara ASEAN juga perlu mendesak Myanmar supaya membenarkan pasukan penyiasat bebas antarabangsa memasuki wilayah Rakhine dan meninjau nasib etnik Rohingya di sana.

“Sejak krisis kemanusiaan bermula di wilayah itu tahun lepas, tidak ada media antarabangsa atau misi kemanusiaan antarabangsa dibenarkan oleh pihak berkuasa Myanmar memasuki Rakhine. Tiada pihak yang berpeluang melihat sendiri situasi terkini,” kata beliau pada sidang media di Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) di sini semalam.

Comments