Home Tempatan Malaysia Amal Hak Asasi Islam, Sepuluh Tahun Sebelum ICERD

Malaysia Amal Hak Asasi Islam, Sepuluh Tahun Sebelum ICERD

SHARE

Malaysia sememangnya tidak perlu meratifikasi konvensyen hak asasi seperti ICERD kerana sejarah telah membuktikan bahawa negara ini telah lama mengamalkan prinsip hak asasi dan kesamarataan kerana Islam.

Seawal dari tahun 1955 lagi, yakni sepuluh tahun sebelum ICERD itu sendiri diperkenalkan negara ini dengan pemimpinnya telah bermurah hati menganugerahkan kewarganegaraan kepada puluhan ribu pendatang asing.

Fakta demikian dibangkitkan oleh Prof Dato’ Naser Disa, mantan Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia) apabila berkomentar tentang perlunya ICERD itu dibantah. Malaysia katanya tidak perlu tunduk kepada sebuah konvensyen yang merugikan seperti yang dialami oleh Tunisia dan Indonesia. Kedua-dua negara ini mengamalkan perkahwinan silang agama.

Memetik contoh kepada etnik minoriti yang telah dianugerahkan warganegara beliau berkata, “Islam membolehkan mereka mendapat kewarganegaraan. Malah seawal tahun 1955 mereka telah diberikan hak untuk mengundi dan berpolitik.”

“Raja-Raja Melayu bermurah hati juga kerana Islam.”

Hakikatnya pada masa tersebut di Amerika Syarikat keturunan pendatang Afrika masih dilayan sebagai warga kelas dua dan langsung tiada hak untuk mengundi. Sejarah merekodkan hak untuk mengundi bagi pendatang kulit hitam hanya tercapai apabila termeterainya Voting Rights Act of 1965 pada tahun 1965.

Malah ianya juga dicapai setelah beberapa peristiwa berdarah seperti Bloody Sunday yang dipopularkan oleh filem Selma yang dikeluarkan pada tahun 2014.

“Dan pada Disember 1965, yakni sepuluh tahun selepas anugerah kewarganegaraan Malaysia barulah Konvensyen seperti ICERD diterima pakai oleh PBB dan kemudiaannya diratifikasi negara-negara anggota.”

“Atas perikemanusiaan Islam itulah Islam perlu didaulatkan. Yang di-Pertuan Agong juga telah bersumpah memelihara Islam dan Perlembagaan demi kemaslahatan Negara. Tetapi sebaliknya ICERD mengajak kita melanggar sumpah tersebut. Di mana kesetiaan kita kepada Raja dan Negara?”

Comments