Home Tempatan Malang kalau The Star terlepas dari hukuman – PEMBELA

Malang kalau The Star terlepas dari hukuman – PEMBELA

SHARE

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), En Aminuddin Yahya berkata, amat malang kalau akhbar The Star ini terlepas daripada tindakan undang-undang dan sebagainya sebab ini bukanlah kali pertama berlaku perkara seumpama ini.
Menurutnya, lagipun akhbar ini banyak menyiarkan artikel-artikel yang secara sinis menyindir Islam manakala tokoh-tokoh liberal diangkat tinggi.

Ditanya apakah tindakan yang setimpal harus dikenakan ke atas The Star, Aminuddin berkata, The Star sepatutnya digantung lesen penyiaran mereka buat sementara waktu bagi memberi pengajaran agar perkara seumpama itu tidak berulang lagi.

Persoalan apakah usaha yang akan dibuat pihak NGO-NGO seperti PEMBELA ini jika The Star terlepas lagi kali ini, beliau menegaskan, pihaknya akan memantau secara dekat bukan sahaja akhbar ini tetapi semua gerakan dan agenda-agenda Kristianisasi yang semakin rancak berlaku di negara kita hari ini.

“Kita juga akan tubuhkan pasukan yang akan melihat secara terperinci perkara ini bagi membendung dan memerangi habis-habisan gerakan yang cuba menjatuhkan Islam di negara ini,” katanya.

Comments