Home Tempatan Malam Pejuang tonjol empat tokoh pejuang bahasa Melayu sebagai model contoh

Malam Pejuang tonjol empat tokoh pejuang bahasa Melayu sebagai model contoh

SHARE

SHAH ALAM, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Malam Inspirasi Perjuangan 2017 yang mengangkat tema ‘Bahasa Melayu Teras Tamadun Bangsa’ yang mengetengahkan tokoh pejuang Bahasa Melayu silam sebagai idola ikutan untuk generasi hari ini.

Antara tokohnya adalah Tun Sri Lanang, Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji, dan Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba.

Berdasarkan tulisan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, Tun Sri Lanang adalah seorang tokoh luar biasa apabila beliau menghasilkan buku Sejarah Melayu yang mempunyai bahasa yang amat baik dan indah dari segi huraian mengenai kebaikan, kerukunan orang Melayu, dan Raja-Raja Melayu.

“Ia merupakan tulisan terbaik dalam khazanah bahasa Melayu yang tidak dapat ditandingi buku-buku sejarah lain,” katanya dipetik daripada buku Malam Inspirasi Pejuang 2017.

Malam Inspirasi Pejuang itu dianjurkan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi, sebagai menyambut kemerdekaan negara.

Ia bertujuan mengukuhkan konsep kenegaraan Islam Malaysia dari sudut sejarah, budaya dan Perlembagaan; menonjolkan kisah perjuangan dan pemikiran beberapa tokoh pejuang dalam pembinaan identiti Islam negara dengan memartabatkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi; membangkitkan semangat patriotik agar setia berjuang untuk kebaikan negara dan umat Islam dan menghidupkan kesenian Islam Melayu melalui beberapa persembahan.

Hamzah Fansuri pula terkenal dengan tulisan dalam bentuk buku dan syair yang menggunakan bahasa Melayu indah.

Bahkan menurut Prof Dr Syed M Naquib al-Attas, bahasa Hamzah Fansuri adalah contoh bahasa Melayu yang amat baik dan dihasilkan dalam bentuk yang sangat dikagumi.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

 

Comments