Home Tempatan Maknyah ‘Dilindungi’ di Bawah Perlembagaan Persekutuan – Azmi Sharom

Maknyah ‘Dilindungi’ di Bawah Perlembagaan Persekutuan – Azmi Sharom

SHARE

Petaling Jaya: Prof. Madya Azmi Sharom, pensyarah Undang-Undang di Universiti Malaya berpendapat bahawa beliau tidak kisah jika seorang lelaki mahu menukar jantinanya kepada wanita atau seorang wanita mahu menukar jantinanya kepada lelaki asalkan tiada unsur paksaan ke atas orang lain dalam hal tersebut.

“Terus-terang, saya tak kisah, kalau kamu lelaki nak jadi perempuan, tiada masalah, kalau kamu perempuan nak jadi lelaki, tiada masalah, asalkan kamu tidak memaksa saya pula, kamu boleh buat apa saja kamu hendak,” tegas beliau dengan lantang.

Beliau direkodkan berkata sedemikian dalam satu program Sambutan Perlembagaan Persekutuan ke-60, ‘Constitutional Day 2017’ dengan tajuk “Are Your Rights, All Right?” yang dianjurkan oleh pihak UMConstiTeam di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya pada hari Ahad lalu.

Sebelum itu, beliau telah berkata, “Jika kamu lihat kepada hak untuk hidup, setiap orang mempunyai hak untuk hidup dan ia termasuk bagaimana kamu mahu menjalani kehidupan kamu.”

Menurut beliau lagi, perkara ini selari dengan Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan mengenai hak dan kebebasan individu. Beliau memberi satu contoh kes seorang maknyah di Negeri Sembilan yang sentiasa ‘diganggu’ oleh pihak berkuasa Agama Negeri kerana berpakaian seperti wanita. Lalu Mahkamah Rayuan telah memihak keputusan kepada maknyah tersebut.

Azmi Sharom juga merupakan antara individu yang membela tindakan Siti Zabedah Kasim menunjukkan isyarat jari lucah kepada hadirin dalam program Wacana Sinar Harian “Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi” pada tahun lepas.

Comments