Home Tempatan Makin ramai mufti tolak masjid ‘liberal’, imam wanita

Makin ramai mufti tolak masjid ‘liberal’, imam wanita

SHARE
German-Turkish lawyer, author and activist Seyran Ates (R) readies the prayer area prior to an inaugural friday payer at the Ibn Rushd-Goethe-mosque in Berlin on June 16, 2017. Founded by Seyran Ates, the mosque aims to establish a humanistic, secular and liberal reading of Islam. / AFP PHOTO / John MACDOUGALL

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Beberapa lagi mufti tampil menolak pendekatan masjid “liberal” di Berlin yang membenarkan makmum lelaki dan wanita bercampur.

Mereka juga sependapat tidak sah solat jemaah makmum lelaki yang berimamkan seorang wanita, lapor Kosmo!.

“Wanita tidak boleh menjadi imam kepada jemaah lelaki apatah lagi dalam keadaan tidak menutup aurat,” kata mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad.

Mufti Wilayah Persekutuan pula berkata majoriti ulama melarang wanita menjadi imam kepada lelaki walau status dalil hadis mengenai larangan itu lemah.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata harus hukumnya wanita menjadi imam kepada makmum wanita.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Muhammad berkata solat berimamkan wanita dengan makmum lelaki tidak sah.

Semalam mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan solat seumpama itu bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, lapor akhbar sama.

“Syarat sah solat berjemaah perlu diimamkan oleh lelaki dan tidak sah jika diimamkan oleh wanita,” katanya.

“Solat juga tidak sah sekiranya saf diselang-selikan dengan wanita. Umum sedia maklum bahawa perbuatan itu bertentangan dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Jumaat lalu, Masjid Ibnu Rushd-Goethe di ibu negara Jerman membenarkan jemaah lelaki dan wanita bersolat bersebelahan selain berimamkan seorang wanita.

Diasaskan oleh tujuh individu, masjid ke-88 di sini terletak di tingkat tiga sebuah bangunan gereja Protestan, lapor AFP.

Semua penganut mazhab Islam, termasuk Syiah, sufi dan Alawi, dibenarkan bersolat di sini. Golongan gay dan lesbian juga diizinkan beribadat.

The Malay Mail Online

Comments