Home Antarabangsa Mak Nyah Dilantik Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri

Mak Nyah Dilantik Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri

SHARE

Fairfax, Virginia: Seorang mak nyah berumur 33 tahun telah dilantik sebagai ahli dewan undangan negeri Virginia.

Danica Roem, yang sebelum ini pernah bekerja sebagai wartawan dan penyanyi turut menyatakan kegembiraan beliau di atas kejayaan ini.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Malay Mail Online Danica berkata, “Ini adalah sesuatu yang menundukkan keangkuhan saya dan saya tahu, saya mempunyai tanggungjawab yang besar sekarang ini – untuk menghasilkan keputusan.”

Dengan kemenangan ini Danica akan menjadi mak nyah pertama untuk menjawat jawatan ahli dewan undangan negeri di Amerika Syarikat.

Selain daripada itu Danica juga menerima ucapan tahniah daripada mantan Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Dengan kemenangan Danica Roem, kedudukan LGBT di dalam arena politik negara itu dijangka terus kukuh.

Comments