Home Tempatan Majoriti Penduduk Melayu, Tiada Kumpulan Samseng di Terengganu – Datuk Aidi Ismail

Majoriti Penduduk Melayu, Tiada Kumpulan Samseng di Terengganu – Datuk Aidi Ismail

SHARE

Kuala Lumpur: Tiada kegiatan kumpulan samseng di Terengganu kerana majoriti rakyatnya adalah berbangsa Melayu, demikian kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail baru-baru ini.

“Di Terengganu, 97 peratus penduduknya adalah orang Melayu dan mereka ini masih menghormati orang yang lebih tua di kampung mereka.”

Menurut Datuk Aidi lagi, perkara ini adalah akibat budaya mengambil berat hal sekeliling dan sikap hormat menghormati yang wujud di kalangan penduduk negeri Terengganu.

“Mereka hormat ketua kampung, tok imam dan bilal. Budaya hidup seperti ini adalah satu kelebihan yang dapat menghindarkan daripada berlakunya kes-kes jenayah yang melibatkan gangsterisme di Terengganu,” tegas beliau.

Dalam sebuah laporan yang diterbitkan oleh Sinar Harian, sikap ‘menjaga tepi kain orang’ turut membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu dalam membanteras aktiviti gangsterisme di negeri ini.

Namun kenyataan ini seperti tidak disenangi oleh kolumnis Malaysiakini, S Thayaparan yang meluahkan ketidakpuasan hatinya di dalam ruangan pendapat portal tersebut.

S Thayaparan membuat dakwaan bahawa, sistem kepercayaan dan indoktrinasi majoriti orang Melayu telah mengakibatkan mereka menganggap bahawa mereka adalah komuniti yang aman serta mengamalkan cara hidup yang beradab, beragama dan tenang dan perkara ini diancam akibat kewujudan orang bukan Melayu di negara ini.

“Ini adalah sebenar-benarnya berkenaan bagaimana komuniti majoriti Melayu, bandar, mahupun luar bandar melihat orang bukan Melayu – dalam kes ini kaum India – dan sistem kepercayaan yang tidak diperlukan ke atas mereka melalui indoktrinasi dan politik kepartian selama bertahun-tahun lamanya, bahawa mereka adalah satu komuniti yang aman, di mana cara hidup mereka adalah – beradab, beragama dan tenang – sentiasa diancam akibat kehadiran orang bukan Melayu di Tanah Melayu,” dakwa Thayaparan.

Menurut satu laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today sebelum ini, lebih 70% daripada anggota kumpulan samseng telah dikenal pasti sebagai berbangsa India iaitu seramai 28,296 daripada sejumlah 40,313 orang.

S Thayaparan pula sebelum ini pernah membuat gesaan supaya umat Islam ditamadunkan supaya tidak memancung kepala mereka yang berbeza pendapat.

Comments