Home Tempatan Majlis Peguam Tidak Boleh Mencadangkan Ketua Peguam Negara – Dato’ Zainul Rijal

Majlis Peguam Tidak Boleh Mencadangkan Ketua Peguam Negara – Dato’ Zainul Rijal

SHARE

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan media mengetengahkan kerisauan yang berpunca daripada tindakan Majlis Peguam mencadangkan nama Dato’ Ambiga Sreenevasan sebagai Ketua Peguam Negara.

Menurut Dato Haji Zainul Rijal lagi, sekiranya laporan-laporan yang disiarkan dalam media itu adalah benar, perkara ini akan mewujudkan satu rujukan untuk pelantikan Ketua Peguam Negara.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Kenyataan oleh Presiden Majlis Peguam adalah sesuatu yang tidak patut, dan tidak sepatutnya menyekat pilihan Perdana Menteri dalam menasihati Yang di Pertuan Agong untuk melantik Ketua Peguam Negara sebagaimana termaktub di dalam Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan.”

Menurut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri boleh melantik seseorang yang berkelayakan untuk menjadi hakim Mahkamah Persekutuan untuk menjadi Ketua Hakim Negara bagi Persekutuan.

Beliau turut mempersoalkan niat Majlis Peguam menamakan seseorang daripada organisasi itu sebagai Ketua Peguam Negara.

Dato’ Haji Zainul Rijal bagaimanapun memuji Dato’ Ambiga Sreenevasan sebagai seorang yang berkebolehan namun menentang keras cadangan Majlis Peguam yang mencadangkan Dato’ Ambiga sebagai Ketua Peguam Negara.

Menurut kenyataan media tersebut, Majlis Peguam tidak mempunyai locus standi untuk mencadangkan bakal Ketua Peguam Negara.

Selain daripada itu, PPMM turut menggesa supaya tiada badan profesional atau individu yang mencadangkan nama-nama bakal Ketua Peguam Negara, pilihan itu sepatutnya dibiarkan kepada Perdana Menteri yang seterusnya akan memberi nasihat kepada Yang Di Pertuan Agong sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Comments