Home Tempatan Majlis Buka Puasa GAY Perlu Dicontohi – PELANGI CAMPAIGN

Majlis Buka Puasa GAY Perlu Dicontohi – PELANGI CAMPAIGN

SHARE

Subang Jaya – Umat Islam di Malaysia harus lebih terbuka dan mencontohi pendekatan yang dibuat Datuk Bandar London, Sadiq Khan, yang meraikan kepelbagaian gender dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Gay Muslim di bulan Ramadhan.

Pelangi Campaign mengeluarkan kenyataan rasmi tersebut sebagai respons kepada tindakan Taylor’s University yang membatalkan Kempen LGBT “Courage in the face of adversity” yang disokong mereka.

Acara yang dijadualkan berlangsung semasa umat Islam menghayati kesucian bulan Ramadhan, menyaksikan segmen tayangan filem pendek, acara gerai pameran serta perarakan LGBT di dalam kampus Universiti tersebut.

Numan Afifi, Presiden Pengasas Pelangi Campaign yang juga merupakan Setiausaha Organisasi Pemuda Sosialis Parti DAP (DAPSY) Subang, memuat naik kenyataan media tersebut melalui akaun twitternya.

Comments