Home Tempatan Majikan wajib beri hari kelepasan am berbayar sempena Hari Keputeraan Agong

Majikan wajib beri hari kelepasan am berbayar sempena Hari Keputeraan Agong

SHARE

PUTRAJAYA, 25 Syawal 1438H Rabu – Semua majikan wajib memberi hari kelepasan am berbayar kepada pekerja seluruh negara pada 9 September ini bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kerajaan menetapkan perkara itu dan ia termaktub dalam seksyen 60D (1)(a) Akta Kerja 1955, Seksyen 103(1)(a) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan seksyen 104 (1)(a) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

Jelas beliau, sekiranya Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XV itu jatuh pada hari cuti rehat, maka hari bekerja berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am berbayar sebagai ganti bagi hari kelepasan tersebut.

“Bagi pekerja yang mempunyai cuti rehat lebih daripada sehari, hari terakhir bagi cuti rehat tersebut merupakan ‘cuti rehat’ bagi maksud ini,” katanya.

Kerajaan telah bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda kepada 9 September (Sabtu) daripada 29 Julai.

Comments