Home Tempatan MAIPs bantu musafir terkandas

MAIPs bantu musafir terkandas

SHARE

SYDNEY 22 Julai – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan plak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Pengarah Education Malaysia di Australia Mohd. Khalil Zaiyany Sumiran hari ini.

Sebelum itu baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs menyerahkan sumbangan zakat MAIPs berjumlah RM5,000 kepada pejabat Konsulat Malaysia di Sydney melalui Mohd Khalil pada majlis ringkas yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford.

Sumbangan itu bertujuan bagi membantu musafir yang terkandas (asnaf Ibnu Sabil ).

Turut hadir Atase Pendidikan Education Malaysia Australia Mohammed Khidzairy Zainal Abidin (kiri).

UTUSAN ONLINE

Comments