Home Tempatan MAINS sedia bantu uruskan proses pembahagian harta pusaka

MAINS sedia bantu uruskan proses pembahagian harta pusaka

SHARE

NILAI, 16 Syawal 1438H, Isnin – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sedia membantu orang ramai menguruskan wasiat bagi memudahkan proses pembahagian harta pusaka kepada waris.

Pengarah Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan di bawah MAINS mengambil inisiatif melaksanakan polisi wasiat bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan khidmat ejen wasiat untuk proses pembahagian harta.

Katanya, pelaksanaan polisi itu menggunakan khidmat imam dan eksekutif masjid yang dilantik di Negeri Sembilan.

“Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM300, orang ramai boleh mendaftar untuk proses membuat wasiat di MAINS,” katanya.

Sehingga kini, hanya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan MAINS mempunyai ejen wasiat bagi memudahkan umat Islam menguruskan pembahagian harta.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kedua-dua pihak ini berhubung pembahagian harta dengan kaedah lain menurut syarak,” katanya.

Comments