Home Tempatan MAINJ sumbang RM2 juta kepada IJN

MAINJ sumbang RM2 juta kepada IJN

SHARE
Dari kiri, Ketua Pegawai Operasi IJN Akmal Arief Mohamed Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub ,Pengerusi IJN, Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf, Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Md Rofiki Datuk Samsuddin dan Mufti Johor, Datuk M Tahrir Datuk Samsuddin bergambar bersama dokumen perjanjian pada majlis menadatangani Perjanjian Persefahaman antara Inistitut Jantung Negara (IJN) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) .NSTP/ HAFIZ SOHAIMI

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM2 juta kepada Institut Jantung Negara (IJN) bagi digunakan membantu pesakit dari Johor yang mendapatkan rawatan di situ.

Sumbangan itu diserahkan oleh Penasihat MAINJ, Datuk Nooh Gadut kepada Pengerusi IJN, Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf di IJN di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim; Mufti Negeri Johor, Datuk M Tahrir Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yaakub dan Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed Fauzi.

Sementara itu, Dr Mohd Nasir berkata, sumbangan zakat itu akan dapat membantu meringankan beban kewangan pesakit.

“Agihan kepada pesakit akan dilakukan mengikut syarat serta kelayakan yang ditetapkan dan dipersetujui oleh

MAINJ dan IJN,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama itu wajar dicontohi agensi korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi swasta lain bagi membantu pesakit membiayai kos rawatan di IJN.

Berita Harian

Comments