Home Antarabangsa Mahu bunuh diri, bukan bakar Kaabah

Mahu bunuh diri, bukan bakar Kaabah

SHARE
MAKKAH

MANAMA: Pasukan keselamatan di Masjidilharam di Makkah berkata, lelaki yang ditahan berhampiran Kaabah malam tadi cuba membunuh diri dan bukan berniat membakar struktur itu seperti dilaporkan.

Jurucakap pasukan keselamatan, Mejar Sameh Al Salmi, berkata lelaki warga tempatan berusia 40-an itu dilaporkan menyimbah dirinya dengan minyak tanah ketika ditangkap.

“Lelaki itu ditahan sebelum membakar diri dan kelakuannya menunjukkan dia mengalami sakit mental.

“Semua langkah wajar sudah diambil,” kata jurucakap dipetik laman berita Sabq.

Laporan terdahulu memetik kenyataan lelaki Arab Saudi, Ghazi Darweesh, yang mendakwa melihat lelaki terbabit mencurah minyak gas di sekeliling Kaabah.

“Ketika saya menunaikan tawaf di sekeliling Kaabah jam 11.40 malam tadi, saya melihat seorang lelaki menuang minyak gas dari sebuah botol di depan Kaabah dan menyebut ungkapan takfir (bertentangan dengan ajaran Islam).

“Saya segera menahannya dan meminta bantuan orang ramai di sekeliling saya. Pengawal keselamatan bergegas ke tempat kejadian dan membawa lelaki itu pergi,” katanya. – Agensi

Berita Harian

Comments