Home Antarabangsa Mahkamah tangguh perbicaraan Ahok hina Islam

Mahkamah tangguh perbicaraan Ahok hina Islam

SHARE

JAKARTA 15 Rejab 1438H, Rabu – Mahkamah menangguhkan perbicaraan kes menghina agama Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama sehingga selepas berlangsungnya pilihan raya tempatan pada 19 April depan.

Basuki atau dikenali sebagai Ahok dibicarakan di mahkamah atas dakwaan menghina Islam kerana mendakwa lawannya mengguna ayat al-Quran untuk menipu pengundi.

Ketika ini, Ahok berdepan tentangan sengit calon beragama Islam dalam pilihan raya pusingan kedua bagi memilih gabenor Jakarta yang baru.

Ahok dibenarkan berkempen dalam pilihan raya, walaupun dibicarakan dan pendakwa raya dijangka memohon untuk Ahok dihukum penjara.

Bagaimanapun, hakim bersetuju dengan permintaan pendakwa raya untuk menangguhkan perbicaraan itu kepada 20 April ini, sehari selepas pilihan raya berkenaan.

Polis juga menghantar surat kepada pendakwa raya meminta perbicaraan ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Ahok adalah gabenor Jakarta kedua beragama Kristian dan yang pertama daripada etnik Cina di Indonesia

Terdahulu, menerusi sebuah video yang disiarkan, Ahok menyatakan umat Islam diperdaya surah al- Maidah ayat 51 berikutan tidak menyokongnya sebagai pemimpin Indonesia.

Susulan itu, Ahok dianggap mencampuri keyakinan umat Islam apabila mengaitkan sentimen politik dengan al-Quran sekaligus mencetuskan beberapa siri demonstrasi besar-besaran oleh umat Islam di kota Jakarta.

Comments