Home Tempatan Mahkamah Persekutuan tolak rayuan JAWI

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan JAWI

SHARE

Pertikaian undang-undang selama tiga tahun antara Kassim Ahmad dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menuduhnya menghina Islam dan mengingkari fatwa hampir sampai ke penghujungnya.

Ia ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang sebulat suara menolak rayuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, JAWI dan ketua pendakwanya untuk mendengar merit bagi keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan penahanan serta pendakwaan ke atas Kassim bercanggah dengan undang-undang.

Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum yang mengetuai panel tiga hakim hari ini menolak hujah berkaitan bidang kuasa dan penahanan yang dibangkitkan oleh pihak berkuasa dan menteri.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Tan Sri Zainun Ali dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Mereka berpendapat persoalan bidang kuasa sudah dijawab dua kali ketika Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kassim, 83,

Hakim berpendapat persoalan bidang kuasa telah terjawab dua kali, iaitu apabila Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada permohonan rayuan Kassim kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu, serta mahkamah rayuan yang mendengar kesnya dan memutuskan pendakwaan serta penahanan tokoh akademik itu menyalahi undang-undang.

Richard kemudian bertanya kepada peguam persekutuan, Shamsul Bolhassan, sama ada pihaknya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan apabila kebenaran diberi Mahkamah Rayuan mengenai bidang kuasa kepada kerajaan.

Peguam kemudian menjawab, pihaknya tidak mengemukakan rayuan kerana permohonan mengenai isu merit itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu peguam Kassim, Rosli Dahlan, berkata mereka akan pergi ke mahkamah tinggi syariah sama ada pada Mei atau Jun ini.

Kata Rosli, pihaknya akan meminta Ketua Pendakwa Raya Syariah dan JAWI menggunakan budi bicara mereka dengan sewajarnya bagi menarik balik tuduhan ke atas Kassim bagi mengelak kesipuan.

Comments