Home Tempatan Mahkamah Persekutuan khilaf langgar bidang kuasa negeri, hukum syarak, kata peguam

Mahkamah Persekutuan khilaf langgar bidang kuasa negeri, hukum syarak, kata peguam

SHARE

BANGI, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Wakil pertubuhan peguam mengenal pasti beberapa perkara pokok di mana bidang kuasa negeri berkaitan Islam dan hukum syarak, telah secara khilaf dilanggar ketika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berkaitan kes agama tiga kanak-kanak pada 29 Januari lalu.

Pada masa sama, pertubuhan itu juga menegaskan bahawa mereka tidak menyokong tindak-tanduk bapa kanak-kanak berkenaan, Muhamad Ridhuan Abdullah yang menyembunyikan anak bongsunya, Prasana Diksa, dan memisahkan anak kecil itu daripada ibunya, M Indira Gandhi, selama sembilan tahun.

Pengamal undang-undang yang juga aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid berkata, pengenalpastian perkara-perkara pokok itu dicapai pada pertemuan dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di Ipoh, Perak, hari ini.

Pertemuan yang diatur oleh Gerakan Pembela UMMAH, sebuah gabungan pertubuhan membabitkan lebih 300 NGO Islam, turut disertai Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Haji Rahim Sinwan; dan Pengasas Malaysian Lawyers Circle (MLC) yang juga Exco Majlis Peguam, Haji Lukman Sheriff.

Beliau yang turut menghadiri perjumpaan itu memberitahu Ismaweb.net bahawa pertemuan itu dibuat hasil Sidang Meja Bulat UMMAH: Kesan Kes Indira Gandhi Ke Atas Perundangan, pada 7 Februari lalu.

“Dalam perbincangan ini kami mengenal pasti perkara-perkara pokok di mana bidang kuasa negeri berkaitan Islam dan hukum syarak telah secara khilaf dilanggar dalam keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut,” katanya.

Aidil berkata, perbincangan lebih satu jam dengan Harussani juga menjurus kepada mengenal pasti pihak yang mempunyai locus standi untuk memfailkan Semakan Semula terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan itu

Mengenai kes itu, beliau berkata, pertubuhan berkenaan kesal tindakan Muhamad Ridhuan memisahkan Prasana Diksa daripada ibunya.

“Bahkan barisan peguam yang mewakili Ridhuan di peringkat awal telah menarik diri daripada terus mewakilinya, atas sikap Ridhuan yang tidak menghormati proses kehakiman di mahkamah, dan sukar dikawal oleh para peguam.

“Tetapi hakikatnya isu berkaitan hak jagaan anak telah diputuskan dalam satu tindakan sivil lain, di mana mahkamah (sivil) telah pun memberikan perintah kepada Ridhuan untuk memulangkan hak jagaan Prasana Diksa kepada Indira, dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Ridhuan atas keingkarannya.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments