Home Tempatan Mahkamah Mesti Iktiraf Fatwa Sebagai Otoritatif

Mahkamah Mesti Iktiraf Fatwa Sebagai Otoritatif

SHARE

Kuala Lumpur: Semua fatwa dan isinya hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah pada setiap masa sebagai otoritatif mengenai semua perkara yang dinyatakan oleh fatwa tersebut.

Perkara ini ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Azalina Othman Said ketika menjawab soalan daripada Yang Berhormat Parit Buntar dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 atau juga dikenali sebagai Akta 164 kelmarin.

“YB daripada Parit Buntar menanyakan tentang apakah status fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti. Jadi ahli Yang Berhormat, fatwa yang disiarkan dalam warta hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam dalam negeri tersebut sebagai ajaran agamanya, dan hendaklah menjadi kewajipannya disisi agama untuk mematuhinya.”

Kemudian YB Azalina Othman meneruskan, “Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah sebagai otoritatif mengenai semua perkara yang dinyatakan di dalamnya.”

Sebelum ini, hangat diperdebatkan dalam media massa dan media sosial berkenaan sama ada fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri berkaitan isu penasaban anak luar nikah mempunyai kuasa perundangan atau tidak: dan sama ada fatwa harus dipatuhi oleh mahkamah atau sebaliknya.

Hansard Parlimen untuk persidangan yang disebutkan boleh dimuat turun di sini.

Comments