Home Tempatan Maahad Tahfiz Perlu Mendapat Kelulusan Kerajaan – Noh Omar

Maahad Tahfiz Perlu Mendapat Kelulusan Kerajaan – Noh Omar

SHARE

MELAKA: Insiden kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 25 orang yang terdiri daripada 23 orang pelajar dan 2 orang warden menggemparkan negara. Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 5.10 pagi di tingkat teratas bangunan sementara maahad tahfiz berkenaan.

Menurut laporan Bernama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata bahawa pusat tahfiz yang terbakar di Keramat di sini hari ini tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubahsuai daripada struktur asal. Beliau menambah bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada menerima permohonan sijil perakuan berkenaan daripada pihak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung bulan lepas, namun masih belum diluluskan.

Beliau berkata pengusaha sekolah tahfiz harus mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan sentiasa mengutamakan keselamatan para pelajar. Oleh itu,beliau meminta pengusaha tahfiz agar mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihaknya untuk memastikan tahfiz yang beroperasi mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka telah melaksanakan latihan kebakaran pada 27 Mac 2017, jam 3.00pagi. Ini sebagai satu inisiatif dari pihak sekolah dalam memastikan pelajar-pelajar bersedia dan memahami langkah proaktif keselamatan berkaitan kebakaran.

Pihak bomba juga sudah membuat pemeriksaan terhadap alat pemadam api sekitar sekolah dan mengesahkan ia berada dalam keadaan terbaik dan siap siaga jika berlaku sebarang kebakaran.

Comments