Home Uncategorized Maahad tahfiz perlu daftar JAKIM

Maahad tahfiz perlu daftar JAKIM

SHARE

Penaung Puspanita Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Anggraini Sentiyaki, berkata langkah itu dapat menjamin setiap maahad yang dibina mendapat kepercayaan dari segi pentadbiran, pengajian dan bantuan yang disalurkan pihak tertentu.

Katanya, perbincangan dan kerjasama secara telus dengan JAKIM juga dapat memastikan pengajian setiap murid di maahad tahfiz dapat berjalan lancar demi masa depan pelajar berkenaan.

“Justeru saya menyeru pengurusan maahad tahfiz mendaftar pusat pengajian masing-masing demi kebaikan bersama dan untuk memastikan mereka tidak terlepas pandang jika ada bantuan ingin disalurkan.

“Masa depan pelajar juga akan terjamin dan mutu pembelajaran juga mengikut sukatan digariskan JAKIM,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada dua maahad tahfiz iaitu Maahad Tahfiz Al Quran Al Badr dan Maahad Tahfiz Al Quran Al Ummi di Kerupang 2, Labuan, baru baru ini.

Selain itu, RM5,000 wang tunai disumbangkan untuk setiap maahad tahfiz dan sumbangan cenderahati kepada 150 pelajar serta tenaga pengajar.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Berita Harian

Comments