Home Tempatan LPF tak endah amaran Disney, aksi songsang mesti dipotong

LPF tak endah amaran Disney, aksi songsang mesti dipotong

SHARE

KUALA LUMPUR, 17 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, keputusan memotong babak berunsur homoseksual dalam filem terbitan Disney iaitu Beauty and the Beast adalah muktamad.

Katanya, negara ini mempunyai undang-undang dan mereka perlu mematuhi bagi menjaga keharmonian dan sensitiviti masyarakat, lapor Harian Metro.

Sebelum ini media antarabangsa melaporkan bahawa Disnes akan menarik balik tayangan filem berkenaan di negara ini sekiranya LPF memotong babak berunsur homeseksual yang berdurasi empat minit itu.

Abdul Halim berkata, filem lakonan Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans dan Josh Gad itu sudah pun diluluskan tetapi babak berkenaan perlu dipotong.

Justeru katanya, pihak pengedar boleh membuat rayuan dengan Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) jika mahu filem itu ditayangkan di sini.

Katanya lagi, LPF akan mengadakan mesyuarat sebelum membuat keputusan untuk menayangkan filem itu atau tidak.

Comments