Home Antarabangsa Lombok isytihar darurat angkara malaria

Lombok isytihar darurat angkara malaria

SHARE

JAKARTA: Selepas dilanda gempa bumi kuat pada Julai dan Ogos lalu, pulau Lombok kini berdepan dengan masalah malaria, hingga memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat kesihatan, hari ini.

“Kejadian malaria yang berlaku ketika ini, amat luar biasa,” kata ketua Agensi Kesihatan Lombok Barat, Rahman Sahnan Putra yang dihubungi Reuters menerusi telefon.

Beliau yang mengesahkan pengisytiharan darurat itu berkata, kerajaan tempatan memerlukan peruntukan 3.4 bilion rupiah (RM949,953) dari kerajaan pusat dan wilayah untuk membeli kelambu, kit ujian serta program tindakan kecemasan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments