Home Tempatan Lima Quran diconteng mesej ‘pelik’ ditinggal di masjid

Lima Quran diconteng mesej ‘pelik’ ditinggal di masjid

SHARE
Dua lelaki membaca al-Quran. Seorang wanita meninggalkan lima naskhah al-Quran yang berconteng di sebuah masjid di Kulim, Kedah. — Foto AFP

KULIM, 21 Feb — Lima naskhah al-Quran berconteng dengan mesej “pelik” dan “meragukan” yang ditinggalkan di sebuah masjid menimbulkan tanda tanya.

Naskhah yang ditinggalkan seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an diconteng di helaian depan dan mempunyai pelekat Barbie serta manik, lapor Sinar Harian.

“Saya dapati lima naskhah ini diconteng dengan tulisan rumi dan jawi, ayatnya juga sangat pelik,” kata seorang pembantu tadika di masjid itu.

Sharom Anam, 54, berkata al-Quran itu ditinggalkan oleh seorang wanita kira-kira jam 10 pagi semalam ketika beliau sedang memasak untuk murid tadika.

Selepas beliau memeriksanya pada tengah hari, ketika kelas Pendidikan Islam, naskhah-naskhah tersebut didapati mengandungi contengan kekecewaan.

Akhbar itu bagaimanapun tidak menjelaskan perincian mesej “kecewa, pelik dan meragukan” tersebut atau nama masjid berkenaan di sini.

Imam masjid Jamaluddin Omar, 60, berkata empat naskhah itu diserahkan kepada pejabat agama daerah, sementara sebuah lagi kepada polis untuk siasatan.

“Kita juga bimbang dengan perkara ini sebab tulisan yang kita baca sangat mengelirukan dan menimbulkan keraguan,” katanya.

The Malay Mail Online

Comments