Home Surat Lim Guan Eng Keliru Isu RUU 355

Lim Guan Eng Keliru Isu RUU 355

SHARE

YAB Lim Guan Eng (LGE), Ketua Menteri Pulau Pinang pada 23.11.2016 telah membuat kenyataan media yang turut dimuat-naik dalam akaun facebook beliau pada tarikh yang sama.  Kenyataan media beliau mempunyai lima (5) perkara utama mengandungi unsur-unsur hasutan, berniat jahat dan bermaksud cuba memecah-belahkan rakyat di atas isu pembentangan RUU 355 di Parlimen oleh YB Marang seperti berikut:-

“1. MCA, MIC, Gerakan and SUPP should withdraw from BN following BN’s endorsement of “hudud-like” laws under the PAS proposed Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Act 355) that will remove the present punishment cap to raise the punishment to 30 years’ jail, RM100,000 fine and 100 times of whipping.

2.  DAP opposes the hudud-like laws because it is contrary to the Federal Constitution.

3.  Our Federal Constitution is secular in nature with Islam as the religion of the Federation.

4.  MCA, MIC, Gerakan and SUPP deserve public condemnation for betraying their principles and promises to uphold and defend the Federal Constitution but also for their political expediency to continue to deceive the people by supporting UMNO that is willing to work together with PAS to bypass the Federal Constitution to allow these laws to take effect.

5. DAP reiterates that the failure of MCA, MIC, Gerakan and SUPP to leave BN now is seen as a form of tacit approval of the unconstitutional measures adopted by UMNO to support PAS’ move to raise the punishment cap of Islamic laws that moves closer to Hudud-like laws.”

Isu utama yang dibangkitkan adalah LGE yang mewakili DAP dalam kedudukannya sebagai Setiausaha Agung DAP,  adalah bagaimana beliau amat tidak bersetuju dengan cadangan RUU 355.

Lebih daripada itu, fakta RUU 355 dibenarkan kerajaan untuk dibentangkan di Dewan Parlimen oleh YB Marang menerusi Private Member’s Bill dianggapnya sudah mengetepikan hasrat parti-parti lain dalam komponen BN yang tidak menyokong RUU 355.

Justeru itu LGE dengan secara sedar dan perhitungan politik beliau, menghasut mereka supaya keluar daripada komponen BN menerusi kata-katanya sendiri bahawa; “MCA, MIC, Gerakan and SUPP should withdraw from BN following BN’s endorsement of “hudud-like” laws under the PAS proposed Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Act 355)…..”

Yang amat kita hairan ialah sikap degil LGE yang berulangkali secara sedar berusaha memfitnah dan menakut-nakutkan rakyat bahawa RUU 355 adalah sebagai (i) Undang-Undang menyamai Hudud (hudud-like laws) atau ke arah melaksanakan Undang-Undang Islam di Malaysia menerusi pindaan Akta 355 (ii) RUU 355 bertentangan dengan Perlembagaan sedangkan Akta 355 sudah wujud sejak 1965 dan dipinda pada tahun 1984 tanpa bantahan orang-orang bukan Islam  ketika itu.

Berkaitan kedua-dua isu inilah  ahli akademik perundangan seperti Prof. Madya Dr. Shamrahayu Aziz dan pakar perlembagaan negara seperti Dato’ Prof. Mahamad Naser Disa dalam pembentangan mereka di Dewan Besar IKIM pada 16 Januari 2017 telah dengan jelas menafikan dakwaan mereka yang menentang RUU 355 termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan.

Sudah pastilah teramat mustahil Akta 355 bersifat unconstitutional dalam keadaan ia sudah diluluskan pada tahun 1965, pindaan terhadapnya pula diluluskan pada tahun 1984 di mana semua peruntukan berkenaan sudah disemak terperinci, diluluskan oleh Pejabat Peguam Negara dan sah terpakai sejak tahun 1965 sehingga kini (2017)!

Selanjutnya, kenyataan melalut Ketua Menteri berkenaan bahawa (iii) “Negara Malaysia adalah negara sekular” sedangkan tafsiran sebenar  ‘negara sekular’ seperti negara France dan negara lain ialah ‘sebuah negara yang  mengamalkan pemisahan agama daripada pemerintahan dan urusan negara hatta tidak akan membenarkan apa-apa perundangan berbentuk agama menjadi sebahagain daripada undang-undang negaranya’ sedangkan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia meletakkan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan (Islam the religion of the Federation) dan lain-lain  agama bebas diamalkan dalam negara. Wujudnya Mahkamah Syariah Persekutuan dan Negeri-Negeri menerusi Akta 355 yang mengendalikan kes-kes kesalahan jenayah syar’iyy untuk orang-orang Islam sahaja adalah bukti jelas bahawa Malaysia bukan negara sekular dan tentunya tidak masuk akal sebuah “negara sekular Malaysia” mempunyai Ketua Negara beragama Islam di kalangan DYMM Raja-Raja Melayu-Islam yang mengambil giliran melafazkan Sumpah Jawatan sebagai DYMM SPB YDP Agong dan Timbalan Agong untuk memelihara Agama Islam di bawah Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan dengan lafaz sumpah berbunyi “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” sebagaimana diperuntukkan dalam Jadual Keempat (Perkara 37) Bahagian I, Perlembagaan Malaysia!

Jelasnya, kenyataan akhbar LGE terdahulu itu adalah hasutan yang amat nyata berniat jahat untuk mengelirukan rakyat jelata dan cuba memecah-belahkan keharmonian rakyat yang sudah lama menerima peruntukan Perlembagaan sebagaimana adanya  dalam  konteks sebuah negara berbilang kaum yang mengamalkan demokrasi raja berperlembagaan (constitutional monarchy).

Sehubungan itu, selain remaja muda 13 tahun serta ahli keluarganya yang telah membuat laporan PDRM termasuklah beberapa kalangan yang lain, kita pohon para pembaca juga turut  membuat laporan PDRM sedemikian rupa seberapa segera terhadap kenyataan-kenyataan mengelirukan dan berbau fitnah ini yang sebenarnya boleh disabitkan di bawah Akta Hasutan 1948. Biarkan siasatan dilakukan oleh pihak berwajib PDRM dan Pejabat Peguam Negara.

*Abu Asyraf kini sedang menyiapkan thesis PhDnya di sebuah universiti tempatan

*Menara.my percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian Menara.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Comments