Home Antarabangsa Liga Arab digesa isytihar Jerusalem ibu kota Palestin

Liga Arab digesa isytihar Jerusalem ibu kota Palestin

SHARE

GAZA, 24 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Satu mesyuarat Liga Arab akan diadakan pada 29 Mac bagi mengumumkan Jerusalem sebagai ibu negara Palestin, lapor Quds Press.

Penasihat kepada Kumpulan Wang Wakaf Islam (IEF) di Jerusalem, Yasser Abu Ghazaleh, menggesa pemimpin Arab untuk menjalankan tanggungjawab mereka ke atas bandar yang diduduki dan Masjid Al-Aqsa daripada pencabulan berterusan rejim Israel.

“Kewajipan pemimpin Arab adalah untuk melindungi Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa,” katanya kepada Quds Press, menekankan bahawa mereka “tidak menjalankan usaha sebenar” ke atas tempat-tempat suci, yang merupakan sebahagian daripada identiti dan kepercayaan Islam.

“Sebarang justifikasi untuk tidak bertindak ke atasJerusalem dan Masjid Al-Aqsa tidak boleh diterima … Mereka, bersama masyarakat antarabangsa, mesti meletakkan banyak tekanan pada pendudukan Israel untuk menghentikan pencabulan hak di Jerusalem.

Sementara itu, seorang lagi pegawai di IEF di YJerusalem, Mohamed Nasereddin, menekankan kepada Quds Press dengan berkata bahawa orang-orang Arab mampu untuk melakukan banyak perkara untuk kebaikan Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa melalui rangkaian sokongan daripada bandar dan rakyatnya.

Beliau menyeru penyatuan usaha untuk menyokong penduduk Palestin di bandar yang menghadapi bukan sahaja pendudukan Israel tetapi juga bahaya Yahudi dan pemadaman identiti budaya dan budaya Arab dan agama Islam dari Jerusalem. – Agensi

Comments