Home Tempatan Liberalisme mesti ditentang

Liberalisme mesti ditentang

SHARE

BEBERAPA episod dan insiden fahaman liberalisme yang melanda umat Islam semakin menakutkan mutakhir ini. Telah wujud perjuangan untuk kesamarataan gender, menolak bijak pandai dan ulama. Perkahwinan sesama jenis, menghalalkan perkahwinan orang Islam dengan penganut agama lain, malah tuntutan kebebasan beragama serta menukar agama sesuka hati.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kebimbangan bahawa fahaman liberalisme jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar dan boleh memesongkan akidah. Fahaman sebegini perlu segera ditangani dan dibanteras hingga ke akar umbi.

Sinar Online

Comments