Home Tempatan Liberalisme ancaman kepada Islam

Liberalisme ancaman kepada Islam

SHARE

KUALA LUMPUR, 16 Rejab 1438H, Khamis – Liberalisme adalah ancaman kepada agama Islam, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Mohd Zin.

Jelas beliau, golongan liberal ini adalah mereka yang menafsirkan Al-Quran mengikut pemikiran sendiri dan mempertikaikan prinsip syariah.

“Mereka biasa membawa perbezaan pendapat yang walaupun pada dasarnya nampak menarik, tetapi membelakangkan Islam,” katanya pada program Syarahan Perdana Wasatiyyah 2017 dianjurkan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri.

Abdullah berkata, fahaman liberalisme ini perlu dibendung bagi mempromosikan wasatiyyah, atau kesederhanaan, supaya umat Islam memilih “jalan tengah” dalam mengamalkan agama.

Bagaimanapun katanya, Malaysia mampu melawan liberalisme, radikalisme dan keganasan melalui konsep wasatiyyah.

Comments