Home Antarabangsa Liberal International Rai Pembebasan Anwar Ibrahim

Liberal International Rai Pembebasan Anwar Ibrahim

SHARE

Sebuah pertubuhan liberal antarabangsa yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) senang dengan Pengampunan Diraja dan pembebasan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Liberal International (LI) yang beribu pejabat di London, United Kingdom mengeluarkan kenyataan yang disiarkan pada laman sesawang persatuan itu. Sebelum ini, persatuan liberal ini pernah mengucapkan tahniah terhadap kemenangan PKR memenangi Pilihanraya ke-14 Malaysia baru-baru ini yang menyaksikan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru.

“Our global liberal family is overwhelmed by the news that Datuk Seri Anwar Ibrahim – Malaysia’s former deputy prime minister and former leader of our member party People’s Justice Party (LI member, PKR – Malaysia) – has been pardoned by the king and released from prison today.”

Kenyataan pertubuhan tersebut juga menegaskan bahawa LI tidak pernah jemu bercakap dan memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim yang sepanjang dua puluh tahun lepas telah dibicarakan dan dipenjarakan atas motif politik.

Kenyataan tersebut juga memuji Anwar Ibrahim sebagai lambang kepada penyatuan kuasa liberalisme.

“Mr Ibrahim is a symbol of the unifying powers of liberalism and Liberal International looks forward to celebrating with him soon as we continue our campaigns for the release of other imprisoned #liberals around the world including senator Leila de Lima, Kem Socha, Raif Badawi, and Ilham Tohti.”

Comments