Home Kolumnis LGBT: Semoga Malaysia Tidak Jadi Seperti Kota Pompeii

LGBT: Semoga Malaysia Tidak Jadi Seperti Kota Pompeii

SHARE

Polemik Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) bergema kembali. Isu ini hangat semula diperkatakan dengan bermulanya era ‘Malaysia Baharu’. Tidak semena-mena Malaysia dikejutkan dengan berita menuduh Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan, yang baru dilantik dan muda belia, memilih seorang tokoh LGBT tempatan sebagai seorang pegawai di kementeriannya. Hal tersebut segera dinafikan oleh beliau.

Namun tidak berapa lama selepas itu tokoh Pelangi Campaign yang pernah menganjurkan Iftar Gay suatu ketika dulu dilaporkan memilih untuk meletak jawatan dek bantahan dan kecaman yang diterimanya.

Namun peletakan jawatan tersebut tidak disenangi beberapa pihak. Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail mendakwa, peletakan jawatan aktivis LGBT tersebut oleh kerana aktivisme LGBT atau orientasi seksual beliau, adalah “sangat mengganggu”. Ini adalah kerana Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan memberikan kesamarataan untuk semua warganegara.

Hakikatnya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Datuk Dr Mujahid Bin Yusof dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Seksyen 377A Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa golongan LGBT tidak dibenarkan mengamalkan gaya hidup itu di negara ini.

Namun golongan tersebut berhak menikmati hak sama rata sebagai warganegara dan tidak seharusnya didiskriminasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.

Tetapi kita sama sekali menolak gaya hidup LGBT yang jauh bertentangan dengan fitrah manusia sejagat dan agama Islam, agama yang dijunjung Perlembagaan Persekutuan. Agama Negara kita.

Tentunya bala yang menimpa Kota Pompeii harus menjadi teladan untuk kita semua bermuhasabah dan menginsafi diri daripada terjebak dengan gaya hidup LGBT. Cukuplah dengan ‘Vesuvius’ yang satu yang sama sekali meranapkan Kota Pompeii dan ketamadunannya. Dunia seakan melupakan Pompeii buat seketika.

Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja ini kemudiannya terpaksa dihentikan selepas para pekerja menemui tinggalan aneh berbentuk artifak di dalam tanah. Berita penemuan ini tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.

Bagaimanapun, pada 1631, Gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Oleh yang demikian, ingatlah firman Allah dalam surah Maryam ayat 98 yang bererti: “Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.”

Rujukan:

  1. http://www.bhplus.com.my/berita/nasional/2018/07/446867/isu-gay-numan-afifi-letak-jawatan
  2. https://www.menara.my/iftar-gay-terbesar-malaysia-numan-afifi/
  3. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/11/suhakam-kritik-peletakan-jawatan-aktivis-lgbt-di-kbs/
  4. http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1482676
  5. https://www.britannica.com/place/Pompeii
  6. https://harunyahya.com/en/Books/904/perished-nations/chapter/3289

 

Comments