Home Tempatan LGBT perlu hormati hak, sensitiviti golongan majoriti – Fuziah

LGBT perlu hormati hak, sensitiviti golongan majoriti – Fuziah

SHARE
Penting untuk kerajaan hari ini melindungi sensitiviti dan suara majoriti berhubung isu tersebut.

PUTRAJAYA: Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diingatkan untuk menghormati sensitiviti dan hak kelompok majoriti masyarakat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan hari ini melindungi sensitiviti dan suara majoriti berhubung isu tersebut terutamanya para ibu bapa yang risau anak mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu sekiranya ia dipromosikan secara umum.

“Apabila golongan LGBT bercakap mengenai hak asasi manusia, kita menghormati hak mereka, tetapi dalam masyarakat ada banyak kelompok lain yang turut mempunyai hak… majoriti masyarakat di negara ini tidak mahu budaya tersebut dipromosikan secara umum,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments