Home Surat LGBT Menjerit, Mujahid Terkepit

LGBT Menjerit, Mujahid Terkepit

SHARE

Ibarat ditelan mati emak, diluah juga mati emak. Pepatah disesuaikan dengan isu LGBT yang kian mendapat keutamaan di dalam isu-isu tuntutan hak mereka di dalam Malaysia Baru ini.

Negara baru-baru ini panas dengan isu poster beberapa aktivis LGBTIQ yang di sebuah pameran di Pulau Pinang. Isu timbul apabila, Menteri Agama Rahmatan Lil Alamin, Yang Berhormat Mujahid Yusof Rawa, mengarahkan supaya poster-poster mereka diturunkan. Arahan bijak. Tetapi, ini baru permulaan cerita.

Tindakan ini lantas mencetuskan gegak gempita di kalangan pengamal akitivi kaum Lut cawangan Malaysia. Berbondong-bondong kicauan twit, hantaran mukabuku, tulisan-tulisan portal dan rencana diterbitkan menempelak beliau dengan jeritan-jeritan komuniti tersebut. Dakwa mereka ini Malaysia Baru. Hasrat mereka, Menteri Agama Rahmatan Lil Alamin harus bersikap rahmat menjauhi laknat para Rasul dan nabi.

Ribut ini disambut pula oleh umat Islam yang bimbang dengan perkembangan yang tidak sihat ini. Seorang doktor Muslimah, menggunakan hak dirinya sebagai rakyat Malaysia yang dijamin kebebasan bersuaranya oleh Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, turut menulis sepucuk surat terbuka kepada anak Perdana Menteri Ke 7, Mantan Perdana Menteri ke 4.

Beliau kini menjadi buruan. Beliau kini cuba ditakut-takutkan di dalam Malaysia Baru yang khabarnya mahu beri kebebasan bersuara kepada semua pihak kecuali suara seperti yang dikemukakannya. Dengar khabarnya beliau sedang ditekan oleh pihak-pihak tertentu yang buta perlembagaan.

Dalam keributan ini, Abang Besar Amerika muncul. Menyatakan solidariti kepada Nisha Ayub dan Pang Khee Teik. Isu bantuan International Republican Institute (IRI) pun belum reda, Abang Besar masuk campur sekali lagi. Big Brother is watching you! Terngiang-ngiang tulisan George Orwell dalam 1984.

Mengelak rekod merah, muncul pula sidang media setelah selesai diplomasi pasembur 40 minit. Mesra sekali. Ketua Pengarah JAKIM tersipu-sipu di hujung satu sudut. Mungkin takut wuduknya batal tersentuh Pak Nyah disebelahnya. Fuziah Salleh memandang lantai pada kebanyakan masa sidang media. Terbayang akhirat yang lebih berbahaya dari Loji Lynas agaknya. Hanya Mujahid yang tersenyum. Belum selesai sidang akhbar itu, lebih 12,000 komen batu bara menghempas lama muka buku JAKIM. Laman facebook JAKIM pada hari malang itu dihukum komen batu bara seperti hujan di Sodom dan Gomorrah. Semua mengecam pendekatan Rahmat Ke atas dua alam sidang media tersebut.

Banyak persoalan timbul lebih dari jawapan. Siapa kamu Mujahid? Siapa pula yang mengutuskan kamu untuk benarkan pencerobohan hak wanita-wanita Malaysia dengan membenarkan golongan Mak Nyah bebas menggunakan bilik air mereka?  Siapa pula yang mengutuskan kamu untuk mengiktiraf transgender Nisha Ayub dengan kata ganti nama ’She’ & ‘Her’? Penulisan kamu menyatakan dengan jelas bahawa kamu bertemu bukan bermakna kamu setuju. Tetapi, menggunakan kata ganti nama tersebut adalah merupakan satu bentuk tuntutan golongan tersebut yang meminta pengiktirafan.

Tiada siapa mahu menganiaya sesiapa di sini. Kita semua mahukan supaya semua rakyat Malaysia hidup aman dan damai. Kita mahukan supaya golongan ini kembali ke pangkal jalan. Terlalu banyak percubaan yang cuba mengubah status quo atas kalimah abracadabra Malaysia Baru.

Dengar ceritanya, Mujahid akan ke Kota Suci Mekah. Semoga Mujahid jumpa jalan kembali.

 

Ben Yaacob

12 OGOS 2018

(Aktivis. Lelaki Tulen.)

 

Pandangan surat pembaca tidak semestinya mewakili pandangan Menara.my

Comments