Home Tempatan Letak Status Hindu Di MyKad Selain Agama Islam — NGO Hindu

Letak Status Hindu Di MyKad Selain Agama Islam — NGO Hindu

SHARE

Kuala Lumpur: Malaysia Hindu Dharma Mamandram (MHDM) mendesak pihak kerajaan supaya meletakkan status agama Hindu di MyKad sebagaimana status agama Islam yang dinyatakan di kad pengenalan umat Islam di Malaysia.

Ini bagi mengelak berlakunya kes-kes pemaksaan untuk memeluk agama serta bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, menurut laporan Makkal Osai.

Setiausaha Agung MHDM, Rishi Kumar Vadivelu berkata, “Jadi untuk peringkat pertama kita minta kerajaan Pakatan Harapan ini mengadakan dalam kad pengenalan kita nak agama Hindu dinyatakan, bermakna jika rakyat beragama Islam ada agama Islamnya (dinyata dalam MyKad) selain daripada itu dia tak akan ada.”

Pengerusi gerakan agama Hindu tersebut, Radhakrishnan Alagamalai pula mendakwa telah berlaku banyak kes kegagalan sebahagian pihak untuk melaporkan penukaran agama mereka kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Perkara ini telah menimbulkan perasaan sengsara dan keliru bagi ahli keluarga apabila tiba-tiba mereka mendapati bahawa mereka tidak boleh melaksanakan upacara pengebumian agama Hindu kepada si mati.

MHDM juga menyokong usaha pembentukan Lembaga Wakaf Hindu yang bertaraf nasional bagi menangani pelbagai isu yang dihadapi oleh masyarakat Hindu di negara ini.

Comments