Home Antarabangsa Lelaki Muslim maut diserang menjual lembu oleh penganut Hindu

Lelaki Muslim maut diserang menjual lembu oleh penganut Hindu

SHARE
Gambar Hiasan

NEW DELHI 6 April – Seorang lelaki Islam maut selepas diserang lebih 100 penganut Hindu ketika sedang beberapa ekor lembu yang sedang diangkut masuk ke dalam sebuah lori lepas ketika ketegangan meningkat berikutan penyembelihan binatang yang dianggap suci di negara ini.

Mangsa, Pehlu Khan, 55, maut ketika ketika sedang menerima rawatan di sebuah hospital, diserang di Alwar, barat Rajastan kelmarin.

Menurut Ketua Polis Alwar, Rahul Prakash, enam orang cedera dengan seorang daripadanya parah.

“Kita masih lagi sedang menjalankan siasatan dan memburu suspek utama yang melakukan perbuatan ini, namun menghadapi sedikit kesukaran yang menyerang mangsa bukan seorang dua sebaliknya lebih 100 orang penganut Hindu yang sedang marah.

“Kami belum menerima laporan bedah siasat namun mangsa mengalami patah di beberapa bahagian tulang rusuknya,” katanya.

Penyembelihan lembu adalah menyalahi undang-undang di India dan ada juga memerlukan lesen untuk mengangkut mereka merentasi sempadan negeri. -AFP

utusan online

 

Comments