Home Antarabangsa Lelaki hentikan pergaduhan kerana ingat ajaran Islam

Lelaki hentikan pergaduhan kerana ingat ajaran Islam

SHARE

NEW JERSEY, 24 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Seorang warga Amerika Syarikat yang memberhentikan pergaduhan di antara dua remaja di Atlantic City, New Jersey mendapat pujian meluas di internet kerana menyatakan agama Islam mengajarnya untuk mengejar keamanan.

“Saya seorang Muslim. Saya telah dibesarkan oleh ibu bapa Islam. Itulah apa yang kita diajar di rumah saya, sentiasa, ketika membesar.

“Bagi saya, saya tidak melihat saya seperti pendamai. Saya lakukan apa yang saya sepatutnya lakukan, apa yang saya dibesarkan untuk dilakukan,” kata Ibn Ali Miller kepada majalah Time.

Miller dipuji kerana memarahi pelajar yang sedang bertumbuk di jalan. Perbualannya dengan remaja telah dirakam dan ditonton berjuta-juta kali.

“Jangan membuat ibu bapa anda kelihatan seperti ini,” tegas Miller dalam video yang dimuatnaik pada hari Isnin itu.

Kedua-dua remaja yang saling membalas tumbukan akhirnya berjabat tangan selepas mendengar kata-kata Miller.

Malah, Datuk Bandar Atlantic City, Don Guardian menggesa orang dewasa yang lainnya mengikuti contoh Miller.

“Banyak pelajaran positif boleh diambil daripada video empat minit itu,” kata beliau dalam satu kenyataan.

“Dia berani bercakap begitu. Banyak kebenaran kepada mereka anak-anak muda. Kita memerlukan lebih banyak orang dewasa di dunia yang sanggup campur tangan untuk membantu menarik balik belia kita daripada tersasar,” katanya.

Miller, seorang kontraktor yang bekerja sendiri dan bapa kepada enam orang anak berkata, beliau tidak merasakan bahaya daripada remaja-remaja itu.

“Saya masuk campur kerana ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Remaja itu tidak kelihatan seperti pemangsa kepada saya. Bagi saya, saya melihat mereka seperti anak-anak saya sendiri. Saya tidak melihat mereka sebagai pemangsa,” katanya. – Agensi

Comments