Home Tempatan Lelaki didakwa miliki barangan berkaitan Daesh

Lelaki didakwa miliki barangan berkaitan Daesh

SHARE

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki beberapa barangan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, bulan lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Hasbullah Hassan, 37, selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Hasbullah didakwa memiliki 10 video dan enam keping gambar berkaitan Daesh yang disimpan di dalam galeri telefon bimbit miliknya di pekarangan bangunan HSBC, Lebuh Ampang, di sini pada pukul 12.20 tengah hari, 29 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana bahan tersebut, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments