Home Antarabangsa Lelaki didakwa gigit muka, hina warga Islam

Lelaki didakwa gigit muka, hina warga Islam

SHARE

VIRGINIA: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menggigit muka seorang lelaki lain selepas mengeluarkan kenyataan anti-Islam di tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah sibuk lewat tahun lalu.

Polis Fairfax dalam kenyataan berkata, Robis McGreer, 35, ditangkap semalam dan didakwa dengan niat jahat mendatangkan kecederaan anggota badan.

Penyiasat berkata, McGreer, mendekati seorang lelaki berusia 31 tahun pada 27 November lalu di tempat letak kereta Tysons Corner Center, memulakan perbualan dan memaki hamun mangsa dengan kenyataan berunsurkan perkauman. Kedua-dua mereka mula bergaduh dan polis berkata, McGreer menggigit muka mangsa sebelum melarikan diri.

Jurucakap polis, Megan Hawkins, berkata ancaman dan maki hamun berunsurkan anti-Islam. Beliau berkata, kelewatan antara kejadian dan penangkapan disebabkan siasatan menyeluruh yang dibuat. – HINDUSTAN TIMES

Berita Harian

Comments