Home Antarabangsa Lelaki berkostum jerung disaman undang-undang anti burka Austria

Lelaki berkostum jerung disaman undang-undang anti burka Austria

SHARE

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang memakai kostum ikan jerung disaman selepas didakwa melanggar undang-undang anti burka yang berkuatkuasa di Austria baru-baru ini.

BBC News melaporkan lelaki itu sedang mengiklankan perniagaan di pusat bandar Vienna.

Dia diberi amaran rasmi dan perniagaan itu didenda. Polis juga menggesa undang-undang kontroversi baharu itu diperjelaskan.

Syarikat yang menggaji lelaki tersebut memuat naik gambar di Facebook dan mengumumkan denda tersebut, mengatakan polis memaksa lelaki itu menanggalkan kostum tersebut.

“Kehidupan tidak mudah,” tulisnya.

Klik di sini untuk bacaan lanjut.

Free Malaysia Today

Comments